Isnin, 4 Februari 2013

PTCM Terengganu menceriakan 'My Beautiful Malaysia Day di Pantai Batu Buruk


Kuala Terengganu 03/02/2013 Kira-kira 80,000 penduduk Terengganu memeriahkan sambutan `My Beautiful Malaysia’ di lima lokasi tumpuan di seluruh negeri, bermula jam 8.30 pagi tadi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penyertaan kira-kira 80,000 peserta  membuktikan program itu berjaya mencapai sasaran penganjuran, selain mewujudkan semangat kesukarelawan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan persekitaran bersih dan indah. 



Ahad, 13 Januari 2013

Tahun Melawat Terengganu (TMT2013) - Unit Berkuda PTCM


Kuala Terengganu - Unit Berkuda PTCM mula melaksanakan tanggungjawabnya dalam merealisasikan keberkesanannya dalam usaha bersama Kerajaan Negeri Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan mengadakan rondaan berkuda dikawasan Pantai Batu Burok, Terengganu.

Rondaan Unit Berkuda PTCM bermula pada jam 4.00 petang setiap hujung minggu dikawasan tersebut bagi mengawal keselamatan pelancung yang berkunjung termasuk menyelamat dan pencegahan jenayah.

Ahad, 6 Januari 2013

Pasukan Berkuda PTCM Cawangan Terengganu dilancarkan sempena TMT 2013


Kuala Terengganu 05/01/2013 - Pasukan Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Cawangan Terengganu telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato’ Seri Haji Ahmad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pasukan berkuda yang terdiri daripada lima pegawai dan 20 anggota berkuda berunifom ditubuhkan bagi menjayakan visi TMT 2013 dan ia akan memberi khidmat di Pantai Batu Buruk pada setiap hujung minggu.

Hadir sama, isteri Menteri Besar To' Puan Hajah Norliza Mahmud; Setiusaha Kerajaan Negeri Dato Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dato’ Abdul Rahin Mohd Said.


Isnin, 31 Disember 2012

UNIT BERKUDA PTCM TERENGGANU

Pasukan Unit Berkuda PTCM Terengganu sedang giat menjalani latihan

Kuala Terengganu - Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Terengganu telah menubuhkan Pasukan Unit Berkudanya sendiri dalam usaha untuk menyahut saranan Kerajaan Negeri Terengganu bagi menjayakan TMT 2013.

Pasukan Unit Berkuda PTCM sedang giat menjalani latihan di TER Kuala Ibai, Kuala Terengganu dibawah jurulatih terlatih bagi menentukan majlis perasmian yang dijangka berlangsung pada 04/01/2013 jam 8.30 malam di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu berjalan dengan lancar.

Sabtu, 29 Disember 2012

Pengenalan Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM)


Kommisioner Prof Dato` Dr (Munsyi) Muslim bin Yacob
Ketua Turus Utama
Pasukan Tindakan Cemas Malaysia

PTCM telah di tubuhkan pada tahun 1988 dan berdaftar dibawah Akta 258 (Pemerbadanan) Pemegang Amanah 1952 (Semakan 1981) (Pindaan 2004) pada 21 Januari 1998 dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri ( 7 ) dlm. BHEUU (5) 002/2/229(LAPTCM).

Perintah pembatalan sijil pemerbadanan di bawah perenggan 17 (1)(d) akta pemegang amanah (pemerbadanan) 1952 (akta 258), Menteri telah membatalkan Sijil Pemerbadanan Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia yang diperbadankan pada 21 Januari1998 berkuat kuasa mulai 4 Januari 2010 yang ditandatangani oleh Dato` Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jumaat, 28 Disember 2012

ANGGOTA PTCM PERLU BERETIKA DAN BERHATI-HATI

Berita untuk ingatan yang dipaparkan Utusan Malaysia bertarikh 09/02/2010:

Tipu orang awam: Ketua PKPM, 2 rakan dihukum penjara


09/02/2010 12:22pm

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Nor Azami Ahmad Ghazali bersama dua bekas anggota lembaga amanah pasukan itu dihukum penjara antara 12 dan 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan melakukan pakatan jahat jenayah untuk menipu orang awam.

Selain Nor Azami, 43, Hakim Mohd. Nasir Nordin memerintahkan bekas Pengarah Sumber Manusia Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Abdul Rahman Baba dan Tengku Hamid Tengku Ismail, ahli perniagaan, dipenjarakan setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusof berjaya membuktikan pertuduhan terhadap mereka.

PANGKAT / DEKORASI PEGAWAI PTCM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...