Memaparkan catatan dengan label TMT 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TMT 2013. Papar semua catatan

Ahad, 13 Januari 2013

Tahun Melawat Terengganu (TMT2013) - Unit Berkuda PTCM


Kuala Terengganu - Unit Berkuda PTCM mula melaksanakan tanggungjawabnya dalam merealisasikan keberkesanannya dalam usaha bersama Kerajaan Negeri Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan mengadakan rondaan berkuda dikawasan Pantai Batu Burok, Terengganu.

Rondaan Unit Berkuda PTCM bermula pada jam 4.00 petang setiap hujung minggu dikawasan tersebut bagi mengawal keselamatan pelancung yang berkunjung termasuk menyelamat dan pencegahan jenayah.

Ahad, 6 Januari 2013

Pasukan Berkuda PTCM Cawangan Terengganu dilancarkan sempena TMT 2013


Kuala Terengganu 05/01/2013 - Pasukan Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Cawangan Terengganu telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato’ Seri Haji Ahmad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pasukan berkuda yang terdiri daripada lima pegawai dan 20 anggota berkuda berunifom ditubuhkan bagi menjayakan visi TMT 2013 dan ia akan memberi khidmat di Pantai Batu Buruk pada setiap hujung minggu.

Hadir sama, isteri Menteri Besar To' Puan Hajah Norliza Mahmud; Setiusaha Kerajaan Negeri Dato Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dato’ Abdul Rahin Mohd Said.


Isnin, 31 Disember 2012

UNIT BERKUDA PTCM TERENGGANU

Pasukan Unit Berkuda PTCM Terengganu sedang giat menjalani latihan

Kuala Terengganu - Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Terengganu telah menubuhkan Pasukan Unit Berkudanya sendiri dalam usaha untuk menyahut saranan Kerajaan Negeri Terengganu bagi menjayakan TMT 2013.

Pasukan Unit Berkuda PTCM sedang giat menjalani latihan di TER Kuala Ibai, Kuala Terengganu dibawah jurulatih terlatih bagi menentukan majlis perasmian yang dijangka berlangsung pada 04/01/2013 jam 8.30 malam di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu berjalan dengan lancar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...