Ahad, 6 Januari 2013

Pasukan Berkuda PTCM Cawangan Terengganu dilancarkan sempena TMT 2013


Kuala Terengganu 05/01/2013 - Pasukan Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Cawangan Terengganu telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato’ Seri Haji Ahmad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pasukan berkuda yang terdiri daripada lima pegawai dan 20 anggota berkuda berunifom ditubuhkan bagi menjayakan visi TMT 2013 dan ia akan memberi khidmat di Pantai Batu Buruk pada setiap hujung minggu.

Hadir sama, isteri Menteri Besar To' Puan Hajah Norliza Mahmud; Setiusaha Kerajaan Negeri Dato Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dato’ Abdul Rahin Mohd Said.


Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata TMT 2013 akan menjadi pemangkin kepada Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun depan. Pengalaman kita melancarkan TMT 2008, memberi banyak kelebihan untuk menarik pelancong mengunjungi ke Negeri Cantik Budaya Menarik itu.


"Dengan keunikan Terengganu yang mempunyai beraneka destinasi menarik seperti pulau, pantai, air terjun, tasik dan lain-lain yang menjadi buruan pelancong, sudah pasti sasaran kita untuk menarik empat juta peloancong ke Terenggnau akan tercapai," katanya.


Manakala 100 orang penggiat pelancongan negeri itu telah mengadakan bacaan ikrar di hadapan Ahmad bagi membantu kerajaan menjayakan TMT 2013 dengan cemerlang.

 Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, sektor pelancongan yang akan menjadi tulang belakang ekonomi Terengganu pada masa depan menjadi lebih menarik apabila Tasik Kenyir yang akan dijadikan Tasik Bebas Cukai akan dibuka pada Ogos tahun depan.

 "Kita harap dengan pembukaan tasik bebas cukai berkenaan, kedatangan pelancong ke negeri ini akan bertambah pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Ptcm Terengganu dan KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...