Isnin, 4 Februari 2013

PTCM Terengganu menceriakan 'My Beautiful Malaysia Day di Pantai Batu Buruk


Kuala Terengganu 03/02/2013 Kira-kira 80,000 penduduk Terengganu memeriahkan sambutan `My Beautiful Malaysia’ di lima lokasi tumpuan di seluruh negeri, bermula jam 8.30 pagi tadi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penyertaan kira-kira 80,000 peserta  membuktikan program itu berjaya mencapai sasaran penganjuran, selain mewujudkan semangat kesukarelawan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan persekitaran bersih dan indah. 



Dato’ Seri Haji Ahmad sebelum itu menyertai acara senam 1Malaysia, menanam pokok dan membersihkan persekitaran pantai.


 

Menteri Besar berkata, kebersihan menjadi indikator utama bagi menarik kedatangan pelancong ke Terengganu selaras dengan sambutan Tahun Melawat Terengganu tahun ini yang mensasarkan kehadiran empat juta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.

 

Tidak ketinggalan juga penglibatan Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Negeri Terengganu yang diketuai oleh Marshall Tuan Haji Mohd Nor serta pegawai-pegawai kanan dan anggota yang dianggarkan lebih kurang 150 orang. Turut serta Unit Berkuda PTCM, Unit Perubatan mengembeling tenaga sama-sama bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...