Ahad, 13 Januari 2013

Tahun Melawat Terengganu (TMT2013) - Unit Berkuda PTCM


Kuala Terengganu - Unit Berkuda PTCM mula melaksanakan tanggungjawabnya dalam merealisasikan keberkesanannya dalam usaha bersama Kerajaan Negeri Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan mengadakan rondaan berkuda dikawasan Pantai Batu Burok, Terengganu.

Rondaan Unit Berkuda PTCM bermula pada jam 4.00 petang setiap hujung minggu dikawasan tersebut bagi mengawal keselamatan pelancung yang berkunjung termasuk menyelamat dan pencegahan jenayah.

Ahad, 6 Januari 2013

Pasukan Berkuda PTCM Cawangan Terengganu dilancarkan sempena TMT 2013


Kuala Terengganu 05/01/2013 - Pasukan Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Cawangan Terengganu telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato’ Seri Haji Ahmad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pasukan berkuda yang terdiri daripada lima pegawai dan 20 anggota berkuda berunifom ditubuhkan bagi menjayakan visi TMT 2013 dan ia akan memberi khidmat di Pantai Batu Buruk pada setiap hujung minggu.

Hadir sama, isteri Menteri Besar To' Puan Hajah Norliza Mahmud; Setiusaha Kerajaan Negeri Dato Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dato’ Abdul Rahin Mohd Said.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...