Jumaat, 28 Disember 2012

ANGGOTA PTCM PERLU BERETIKA DAN BERHATI-HATI

Berita untuk ingatan yang dipaparkan Utusan Malaysia bertarikh 09/02/2010:

Tipu orang awam: Ketua PKPM, 2 rakan dihukum penjara


09/02/2010 12:22pm

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Nor Azami Ahmad Ghazali bersama dua bekas anggota lembaga amanah pasukan itu dihukum penjara antara 12 dan 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan melakukan pakatan jahat jenayah untuk menipu orang awam.

Selain Nor Azami, 43, Hakim Mohd. Nasir Nordin memerintahkan bekas Pengarah Sumber Manusia Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Abdul Rahman Baba dan Tengku Hamid Tengku Ismail, ahli perniagaan, dipenjarakan setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusof berjaya membuktikan pertuduhan terhadap mereka.

Ketiga-tiga tertuduh didapati menipu orang awam supaya mempercayai bahawa mereka bertindak bagi pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) iaitu sebuah pertubuhan berdaftar untuk mengambil ahli bagi satu pertubuhan walhal ia untuk pertubuhan lain yang akan ditubuhkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 September 2002 dan 21 Jun 2003 di premis No. 07-1926, Jalan Besar Taman Bukit Angkasa, Pantai Hill Park di sini.

Di samping itu, Abdul Rahman, 63, dan Hamid, 77, masing-masing dihukum penjara enam bulan setelah didapati memalsukan dokumen iaitu surat pasukan PTCM pada 17 Oktober 2002 di Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Aras 3 blok C5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan ketiga-tiga tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang berkuat kuasa hari ini sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Tinggi. – Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...