Berita untuk ingatan yang dipaparkan Utusan Malaysia bertarikh 09/02/2010:
Tipu orang awam: Ketua PKPM, 2 rakan dihukum penjara
09/02/2010 12:22pm
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Nor Azami Ahmad Ghazali bersama dua bekas anggota lembaga amanah pasukan itu dihukum penjara antara 12 dan 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan melakukan pakatan jahat jenayah untuk menipu orang awam.
Selain Nor Azami, 43, Hakim Mohd. Nasir Nordin memerintahkan bekas Pengarah Sumber Manusia Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Abdul Rahman Baba dan Tengku Hamid Tengku Ismail, ahli perniagaan, dipenjarakan setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusof berjaya membuktikan pertuduhan terhadap mereka.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 September 2002 dan 21 Jun 2003 di premis No. 07-1926, Jalan Besar Taman Bukit Angkasa, Pantai Hill Park di sini.
Di samping itu, Abdul Rahman, 63, dan Hamid, 77, masing-masing dihukum penjara enam bulan setelah didapati memalsukan dokumen iaitu surat pasukan PTCM pada 17 Oktober 2002 di Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Aras 3 blok C5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan ketiga-tiga tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang berkuat kuasa hari ini sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Tinggi. Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan