Kuala Terengganu 03/02/2013 - Kira-kira 80,000 penduduk Terengganu memeriahkan sambutan `My Beautiful Malaysia’ di lima lokasi tumpuan di seluruh negeri, bermula jam 8.30 pagi tadi.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penyertaan kira-kira 80,000 peserta membuktikan program itu berjaya mencapai sasaran penganjuran, selain mewujudkan semangat kesukarelawan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan persekitaran bersih dan indah.